Friday 26 December 2014

Ucapan Apabila Ternampak Semut

SubahanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.



Rumah siapa ada semut? Rumah siapa tiada semut? Apa anda buat
bila ternampak semut? Lepuk dengan tapak tangan? Pijak dengan kaki?
Sembur ridset? Bakar? Jangan...
Nabi SAW pernah berpesan,
kalau ternampak banyak semut di dalam rumah, ucaplah;
"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s,Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan.
Kamu adalah makhluk ALLAH SWT yg sentiasa berzikir kepadaNya. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu,
kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku
agar kamu selamat.."

Jadi, kalau nampak puak-puak semut di dalam rumah, 
janganlah dibunuh dengan menyembur racun serangga atau 
membakar semut-semut atau sarangnya sekali.Tegurlah mereka dengan 
salam ke atas Nabi Sulaiman a.s seperti yang diajarkan oleh 
Nabi Muhammad SAW.

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?" (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
" Ketika salah seorang para nabi duduk berehat di bawah pokok, seekor semut telah menggigit beliau. Kemudian dia memerintahkan bungkusannya dipindahkan dari bawah pokok tersebut dan memerintahkan sarang semut itu dibakar. Lalu Allah menurunkan wahyu: 'Adakah mencukupi dgn membakar hanya kerana seekor semut yg mengigitmu'?" (Hadis Riwayat Bukhari)
  
Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi SAW melarang membunuh 4 binatang iaitu
semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah.(Hadis Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis-hadis tersebut,
 dapat difahami bahawa kita dilarang membunuh semut.
Semut yang dilarang bunuh itu ialah semut besar (semut Al-Sulaiman) kecuali
 ada alasan yang munasabah. Akan tetapi,
semut-semut kecil yang selalu menganggu dan merosakkan boleh dibunuh.

Ada juga yang berpendapat bahawa membunuh semut bukan
dengan cara membakar tetapi dibolehkan dengan menggunakan racun serangga.

Nota Belon : Selalunya semut besar tak bersarang dalam rumah...
CREDIT

#PRAY FOR PANTAI TIMUR

18 comments:

  1. assalamualaikum nur^^ done tutorial...semoga nur dapat faham tuto yang kak nunu buat ni...hihi :D

    http://nununonsense98.blogspot.com/2014/12/tutorial-background-untuk-post-footer.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam .. Tq kak Nunu. Dh try tpi mcm tk kena dgn jiwa. hehe. Thanks a lot again :D

      Delete
  2. meremang tengok gambar.... sha kalau semuk tentera memang bunuh... sebab sekali dia gigit kaki ni rasa terbakar sangat... dah bagi salam pun sama jugak kekdahnya :(

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah saya akan praktikkan. Slalu nampak semut ambik spray sembur kan aje.. Saya akn perbaiki.. In shaa Allah :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah.. InshaALLAH :) Ilmu ALLAH :)

      Delete
  5. TQ share ni Ana. boleh praktikkan lps ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome . InshaALLAH. Smoga bermanafaat :)

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulillah. Ilmu ALLAH dkongsi brsama :) Welcome kak :D

      Delete
  7. wah2 kagumnya..! kita tak tahu ada doanya... huhu.. semoga diberi pahala berkongsi ilmu .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaALLAH ameen.. Alhamdulillah, Nur pun bru thu.. :)

      Delete
  8. terasa mcm diri ni jahat pulak sbb akak slalu jentik semut bila dia kacau makanan akak T_T nice sharing. jzzk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu biasa kak :) Tpi rsau niat kta tk btul nti kna soal kt akhirat, wallahualam. Sya pun msa kcik prnah kumpulkan smut stu tmpt pstu tonyoh depa. Astagfirullah.. Tk baik kan... Alhamdulillah :)

      Delete
  9. assalamualaikum...
    terasa pulak sis..
    saya selalu simbah .. pijak semut..
    kejam ke saya sis? :P

    mohon penjelasan.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam ..
      Tk pe dh thu kta sma2 brubah :)
      ALLAH Maha Mengetahui ..

      *awat main sis sis pula ni ? kta kn sbaya .. :p

      Delete

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh and hye.
Komen apa yang terlintas di fikiran anda.
SILA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI CBOX.
Kalau kat sini, tak perasan sangat . Aseef jiddan :)