Friday 28 September 2018

Alhamdulillah! I did it!!!!!

Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.
SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar.
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabaraktuh.

Hye gais! Yo,wassup! Ok, entry ni lebih kepada kesinambungan post AGAIN ni.
Well, aku sampai nangis-nangis kot fikir samada nak jawab online test spa or
pergi selection untuk komander kesatria. Fyi, selection ni untuk student part 1 n
part 2 je tau. So, ni memang last chance aku lah. Then, aku decide pergi
selection tu. Online test spa? Aku minta tolong best friend aku jawabkan,
which is dia memang tak arif pun pasal spa ni. Aku tak tahu nak minta tolong
siapa lagi sebab kawan aku yang pernah jawab spa ni pun busy. Rupanya
classmates aku pun ada yang dapat juga online test spa ni. Dorang ada yang
suruh kakak dorang yang spa juga tolong jawabkan. Aku cari je info, bagi
kat kawan aku. Dah usaha, so aku tawakal je lepas ni.

Back to the selection untuk komander, aku pergi petang tu. Dengan mai which is
kitaorang berdua je budak part 2. Aku tak tahu ada latihan apa untuk hari tu
sebab aku tak pergi first meeting haritu. Then, ada junior usrah aku ni cakap
ada ujian kecergasan. Kena lari 2 round kat uitm ni. Ok then. Jujur lah aku
rasa semangat gila. Nak lepas gian hahahah. Then masuk barisan. Pergh.
Komander tu muka ketat gila. Hakalah. Nama pun komander. Aku pun buat
juga ah muka ketat. Then selection ni yang datang ada dalam 100 lebih orang.
First meeting haritu ada dalam 200 lebih do. Ramai blah sebab dorang main
mental malam tu. Aku takde malam tu and aku tak tahu apa jadi HAHAHA.

Ok dalam 100 lebih orang ni, seingat aku lah ada 60 lebih perempuan. 50
lebih lelaki kot. So untuk selection ni, ujian first, memang kena lari 2 round
uitm and untuk perempuan, diorang nak 40 orang je. Lelaki nak 30 orang.
So time lari tu wey, nak kata malu, taklah juga kot. Sebab dah biasa jog so
lantak pi lah orang nak cakap apa just orang tahu ah nama aku. HAHAHHAA.
Memang komander suruh tulis nama then pin kat baju. Aku letak nama
FATINI. Sebab letak nama tu, taknak orang tahu nama panggilan aku. Entah.
Alhamdulillah, aku pecah rekod sendiri tak berhenti,berjalan time jog tu.
Aku pecut awal-awal then aku maintain. Segalanya kuasa Allah kan.
Ada hikmah aku jog selalu. Dapat maintain stamina.

Masa lari tu aku fikir, come on, wey. Member dah tolong jawab online test
spa why not aku struggle untuk ujian kecergasan first ni. Masa nak sampai
tempat last tu, ada sorang komander perempuan ni jerit, "Go,Fatini!"
Ya Allah, aku rasa bersemangat gila! Alhamdulillah I DID IT!!! Aku dapat
8rd place! 8 out of 40/60. Bersyukur kepada Allah. Komander cakap official
result keluar hari Jumaat, 28/9/2018.

So tadi diaorang announce kat group CBK SIRI 17. Nama aku tersenarai!!
Alhamdulillah. AKU HAPPY GILA. Sedihnya, aku seorang budak part 2.
Lain semua budak part 1. Mai takde rezeki, tak tersenarai. So yeah! Tu je
aku nak cite. May Allah bless and ease everything!

Sunday 23 September 2018

Again

Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.
SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar.
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabaraktuh.

Ni kali kedua aku menangis nak buat pilihan lepas aku kena pilih samada nak
stay matric or quit and pergi uitm. And now, again. :') InshaAllah, aku nak cerita
semuanya so that aku boleh ingat yang hidup aku ni penuh dengan pilihan. Yang
aku tak pernah expect akan jadi macam ni. So yeah, lama juga since lepas result
spm aku tunggu untuk spa. And alhamdulillah, saat aku first time bercuti kat
Teluk Batik dengan ex rommates aku who is Adila, Wawa and Wani, aku dapat
email daripada spa. Time tu dalam kereta dengan diorang, and aku excited
sangat. Aku kena jawab online test spa which is first stage before dorang
panggil untuk interiew. Okey, ni satu cerita.

Cerita kedua. Since aku memang minat kawad, dari sekolah (which is setiap kali
pertandingan, kitaorang, kadet polis, johan. Yes,johan.), matric (which is aku
pergi selection dia tapi tak terpilih sebab ketinggian diambil kira,well, aku
rendah) and till now, kat uitm, Aku still cari arah aku. Minat aku. Aku start
masuk kesatria negara sebab aku nak sangat kawad and alhamdulillah aku
dapat. Kenangan  paling tak boleh lupa, Encik Lokman panggil aku kat depan
and kawad which is yang lain ikut aku. I mean, aku as guide kat depan. Sebab
aku hentak kaki seragam and 90 darjah. You know how happy I am.  Sem 2,
aku join kesat lagi. Sayangnya, sem 2 kesat dah takde kawad, kitaorang
belajar taekwando pula. Aku rasa macam kosong. Aku cari lagi kelab lain
yang ada kawad. Alhamdulillah, aku jumpa suksis.

But then. Aku dapat fake hope je. Kitaorang kena join group whatsapp suksis
tu which is takde masalah pun nak join. Dia jadi masalah bila aku dah lama
kat dalam group tu suddenly satu hari tu senior cakap pengambilan untuk
siswa je. WHAT THE WHAT. Aku tanya untuk kepastian, dengan nak-tak-
nak nya dorang jawab memang takde pengambilan untuk siswi. Eh.
Konspirasi tahyul apa semua ni. So aku pun left group tu! Okey,next. Ada
pemilihan untuk komander kesatria pula. Ok, aku tak target pun bebetul nak
jadi komander. Tapi, aku nak at least rasa latihan dorang tu. Nak sangat.
Allah je tahu perasaan ni.

Maka, bermulalah kebahagiaan aku bila diaorang announce untuk join group
whatsapp bagi yang berminat. Aku join. Then, komander senior inform,
perjumpaan pertama, Khamis, 20/9/2018, 8pm. Since aku dah beli tiket pukul
948pm, hari yang sama. So aku decide untuk pergi je pukul 8 and balik bilik
kul 9. Agak rushing tapi aku yakin boleh, Guess what. Last minutes, dorang
tukar masa dari 8pm ke 9pm. Logiklah wey, memang aku tak sempatlah nak
pergi. Aku redha. Sebab masih ada perjumpaan kedua. p/s : aku balik rumah
bukan sesaja, Ada dokumen yang aku perlu settledkan. So aku tak boleh
nak tukar tiket.

It's began to be complicated. Bila aku kat rumah, aku still keep in touch with
whatsapp group tu. Then aku baca ada gak yang tak puas hati kena eliminate
sebab sakit, allergic. Hmm. Sedih tapi tulah logiknya. Takkanlah sakit nak
join komander. Ok aku mula gelabah bila ada budak tanya hari Selasa,
dorang ada kelas so boleh tak dorang lambat sikit datang dalam 515pm. Aku
dah cuak. Komander senior tak announce apa2 lagi untuk pengambilan
kedua tapi kau boleh faham ayat tu en. Okey, aku tanya lagi. Bila pemilihan
kedua. Dorang reply. Selasa, 25/9/2018, 5pm. Hati aku hancur. Hari yang
sama juga, aku ada online test spa! Kau faham tak perasaan aku macam mana.

Aku kena pilih salah satu sebab dua2 clash each other. Im crying wey. Aku
tanya kawan2 aku. Macam mana. Aku buat istikharah tapi sempat sehari je
sebab aku cuti. Sekarang ni aku masih fikir lagi.
May Allah ease and bless everything I do. InshaAllah.