Tuesday, 30 October 2018

Everything goes well..

Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabaraktuh

So, aku nak cerita sikit pasal interview spa, separa perubatan yang aku pergi
just incase aku bolehlah baca balik pengalaman ni nanti en.. So, aku interview
kat Putrajaya, 22/10/2018, Isnin, jam 10 pagi. Aku tak pergi lah kelas pagi ctu,
math and elc sebab memang tak sempat. Then, aku dah ws semua lecturer,
inform yang aku ada iv.

Okey, aku sampai kat Putrajaya tu dalam pukul 8 lebih juga lah. Cepat en. Haha.
Kakak aku drive and pagi tu aku dah rasa cuak. Eh sebelum tu, time aku and
kakak aku nak gerak tu. Aku salam lah mama, cium semua. Then masa nak
gerak dari rumah tu, aku pusing belakang, aku nampak mama tadah tangan,doa.
Ya Allah, serious aku sebak :'( .
Disebabkan sampai awal, aku pun study lah, hafal nama menteri pesemua. Aku
dah start gelabah tau. Then kul 920 pagi macam tu, aku decide nak gerak naik
bangunan, tempat yang aku nak iv tu. Aku tanya guard, kat mana. Then guard
tu tunjuklah. At the same time, ada lah seorang perempuan ni dia nak gerak
sekali. Dia dapat pembantu awam ke apatah yang pasti bukan separa perubatan.
Then dipendekkan cerita, dah sampai aras 6, bangunan tempat aku nak iv tu,
aku nampak perempuan yang naik sekali dengan aku tu tadi (tak tahu nama),
dia keluarkan surat. Then orang kat kaunter tu minta surat panggilan temuduga
yang aku dapat dari email. YA ALLAH. Aku tak print wey sebab dia tak
suruh print pun.

Aku tanya perempuan tu, dia bawa ke. Dia bawa. Aku dah gelabah. Aku tak
tanya apa dah kat orang kaunter tu sebab aku tahu, kalau aku tanya mesti
kena marah. Malu kot ramai orang. So aku pun gerak turun bawah. Ada
satu kedai ni nampak macam ada printer. Aku tanya lah, boleh print tak. Dia
cakap ROSAK. Dugaan, bukan? Aku pergi kat kaunter aras bawah tu.
Tanya dia, kalau tak print surat panggilan temuduga tu takpe ke then dia
cakap, kena tanya kat kaunter atas yang tadi aku dah pergi tu. Weyyyy..
Sebaik ada lif.

Aku naik lah, aras tadi. Sampai je kaunter tu, orang kat kaunter tu tanya dapat
apa. Aku cakap, separa perubatan. Dia cakap separa perubatan kaunter kat
belakang. Aku dah macam what the what. Rupanya kaunter separa perubatan
dengan pembantu awam or what so ever lain- lain. Aku pun pergi kaunter
separa perubatan. Dah bagi semua dokumen tu, orang tu cakap, "Nanti letak
IC original sekali ye kat dalam file ni." I was be like ARGHHHHHHH.
Dalam hati je lah. IC aku tertinggal kat dalam kereta. Dah nama pun aku
ni jenis yang malas nak bawa purse. Then aku dah risau. Aku tanya dia,
sempat lagi ke nak ambil. Dia cakap sempat.

Aku call kakak aku yang best gila tidur dalam kereta. Minta tolong dia
hantarkan IC aku, dia boleh suruh aku amik sendiri. Nak tak nak, kena nak
juga lah jawabnya. Jauh wey aku jalan!!!!! Penat !! Dipendekkan cerita lagi,
dah settled amik semua benda yang aku tertinggal, aku pun tunggulah
giliran.

Betullah, Allah Maha Penyayang. DIA baik sangat dengan hambaNya. Aku
rasa susah tadi tertinggal semua benda tapi Allah mudahkan time aku iv.
Masuk2 bilik tu, ada sorang lelaki Melayu n sorang perempuan Cina. Dorang
suruh aku perkenalkan diri. Yang aku ingat dia tanya :

- Perkenalkan diri.
- Adik beradik lain ada tak yang kerja under goverment.
- Disebabkan aku masih belajar then dorang tanya Dip Sains yang aku belajar
  sekarang ni tentang apa. Aku ambil ptptn ke tak.
- First choice aku latihan jururawat. Then dia tanya apa yang aku tahu
  pasal jururawat, tugas.
- Dia bagi situation kalau berhadapan dengan patient tenat, apa aku nak buat.
- Dia cakap lagi, nurse ni kena hadap najis patient lelaki, perempuan, agama,
  bangsa, lain-lain, so macam mana.

Ok tu yang aku ingatlah. Dia tak tanya langsung pasal nama menteri yang
bukan main lagi aku menghafal. So yeah tu je lah. 

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh and hye.
Komen apa yang terlintas di fikiran anda.
SILA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI CBOX.
Kalau kat sini, tak perasan sangat . Aseef jiddan :)