Tuesday 24 November 2015

Mini Giveaway by Myra & Ina

Hai assalamualaikum, 


klik banner

Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random
Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.


click banner to join
Comment Ikhlas dari Hati, inshaALLAH. :)
Okey, assalammualaikum.
First of all, bila masuk blog akak rasa tak stress. haha.
Sebabnya loading cepat macam arnab berlari. Btul tk tipu.
Secondly, ok blog akak memang simple tapi nice.
:) Cik Tulip tu Nur suka :D Memang suka tulip eh?
hee~~  Ok keep blogging ! ^_^



due date : 30/11/2015
tag : Aisyah | Sabrina | Ainur


Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwarakatuh


click banner to join

due date : 25/11/2015

Giveaway CINTA by CN

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabaraktuh

Giveaway CINTA by CN


giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak? 


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN : 


1. Follow blog CikguNorazimah

2. Add To Circle  G+CikguNorazimah


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"  

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Giveaway Poskad Vintage (Bahasa Jerman)

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Aala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.



*click banner to join*

Due : 30/11/2015

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aaali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh



*click banner to join*

Due : 5.12.2015

Mini Giveaway YanieYusuf.com

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh



*click banner to join*


Tarikh akhir: 30 November 2015

Monday 16 November 2015

Lesen L Passed ! -part2-

SubhanaALLAH Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.

 Maaflah kalau over nak cerita tentang experience ambil lesen motor ni.
Blog saya, hak saya. :D Hari tu Lesen L Passed ! -part 1- , now nak sambung.
Rupa-rupanya yang cuit bahu aku tu Hajar. Dia jawab dalam masa 20 minit,
mashaALLAH.. Aku pula tak siap lagi sebab aku masuk lambat sikit dalam
bilik tu daripada Hajar. First time, jawab test using a computer. Kalau update
blog, bolehlah cerita. HAHA.

                                

Aku manfaatkan masa 45 minit dengan sebaiknya. Aku dah siap dalam 30+
minit macam tu. Tapi, nilai kerajinan mengatasi segenap ruang kalbu. =,,=
Aku semak balik. Tapi, beberapa soalan je aku semak.
Takdelah rajin mana. Sebab aku boring hadap komputer tu lelama. So aku
tekan "SIAP" tak silap. Rupa-rupanya automatik dah ada result,
bagi sesiapa yang nak tengok result sendiri lah. Aku tengok tapi disebabkan
terlalu nervous, aku tak tahu apa yang aku tengok. HAHA.
Yang aku tahu, kalau nak lulus L kena dapat 42/50.

Lepas je keluar daripada bilik tu, depan pintu tu pula ada lelaki. Kelam-kabut
jugalah aku kat situ. Kemain ramai orang kat luar blik tu. Ramai gila.
Lepas dah bagi nombor giliran and IC, aku pergi balik kat depan pintu bilik
untuk jawab test. Memang kat situ je kosong. Lepas je aku keluar, Wahid
pun keluar.

Dipendekkan cerita, alhamdulillah kami semua lulus! Melompat jugalah
kami bertiga kat depan pintu. Lelaki yang duduk berhampiran kitaorang
 pandang 'slek' je. Gaya happy macam dapat straight A je SPM.
Ya ALLAH, next year SPM! MashaALLAH.. ;'( :3

                              Hajar : 49/50
                             Wahid : 45/50
                               Aku : 45/50


Baru aku tahu. Lain komputer, lain soalan. Aku ada banyak juga soalan
tentang kesalahan and sistem KEJARA. Dugaan. Alhamdulillah.
Masing-masing puas hati keputusan sendiri.


                   
                                  *pening aku tengok dia ni. :3*

Ada sebab kitaorang ambil lesen. First, inshaALLAH next year boleh
bawa motor pergi sekolah. Tak payah dah naik van. Cekik darah!
HAHA. Second, nak kerja. HAHA. Ramai kawan aku nak kerja start
cuti ni. Aku nak juga kalau boleh. Tapi, bila fikir balik aku rasa better
aku fokus untuk study balik subjek form 4 and try catch up form 5
punya topik. Ni je masanya. SPM~SPM~SPM~SPM~SPM~

Pesanan khidmat masyarakat
Kalau nak lulus ujian komputer kena baca.
My opinion je lah. Taknak baca ikut suka awak lah.

Doakan kitaorang lepas JPJ pula tau!
Man Jadda Wa Jadda. Break your leg,sis!







Sunday 15 November 2015

Lesen L Passed !

SubhanaALLAH Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.

I'm feel awkward! Haha. Rindunya kat blog. Lantak pi lah exam yang tak habis-
habis lagi tu. Kononnya tak nak update blog time exam tapi
nafsu memberontak. It's okey. Rabu next week last paper. PJK and PSK.
Penting ke tak? HAHA. :3

Minggu pertama final exam my mum suruh daftar lesen motosikal. Okey,
rasa macam kepala ni nak kena hantuk kat dinding. Just imagine hari tu
(Ahad) ada ceramah lesen motor and then hari Isnin ada
paper agama. Okey tak nampak sangat bebannya kat situ. Cuba imagine
pula kalau hari Sabtu ada computer test (L) then hari Isnin ada ADDMATH.
MasyaALLAH. Gilakau!

*pelamin anganku musnah. TETIBA. :3*
                         

Okey bukan nak cerita tentang exam. Nak dapatkan lesen ni bukan senang
haih. Duit tu satu hal lagi. Belum cerita bab dah ambil test berapa kali
tapi tak lulus-lulus. Ada seorang pak cik ni.. Umur dalam lingkungan
30-an macam tu wallahualam. Time ceramah, pakcik tu ada.
Paling berumur jugalah antara yang dengar ceramah. He said that he
always stuck at computer test and if im not mistaken, when he passed his
test.. JPJ pula tak lepas. Nampak tak stressnya kat situ.


CERAMAH
As usual, aku, Hajar and Wahid (nama wahida tapi panggil wahid. Takpe.
Tak jatuh haram. :3) daftar sesama untuk ambik lesen. Hari Ahad kami kena
pergi Broga. So there we go.Untuk lesen motor, kami yang paling muda belia.
Ya ALLAH, ceramah dia gila bosan tahap tak hengat. Penceramah tu sendiri
menguap almost 8 ke 10 kali. HAHA. Walaupun kitaorang rasa macam nak
keluar je daripada tempat ceramah tu, at least boleh pergi Bukit Broga (--')
tapi tabahkan je lah jiwa ni. Nak lulus test? Jangan buat koje gila. So,
6 jam kami diberi ceramah. Paling tak boleh blah..
Teringat kata penceramah tu..

Orang yang naik skuter ni OKU. -katanya.

HAHA. Aku baru mengidam nak kumpul duit beli skuter, tapi lepas
penceramah tu cakap macam tu. Hancur harapan, punah semangat. HAHA.
Maybe dia cakap macam tu sebab skuter takde gear macam motor biasa.
Slow macam kura-kura. KOT. Entahlah..
Tu je moment yang aku ingat time pergi ceramah motor. Sengsara.


COMPUTER TEST (L)
Okey, lepas dah hadiri ceramah pihak depa tetapkan tarikh untuk ambil
test. Again, kami naik van yang disediakan. I thought tempat yang sama
which is Broga. Sangkaan meleset. Pemandu van tu bawa kami ke Cheras.
Oh dalam van tu ada lagi orang lain. Ramai yang ambil lesen kereta.
Baru perasan, ada seorang budak lelaki kat belakang is my schoolmates.
Tak rapat so abaikan. HAHA. Oleh sebab, aku, Hajar and Wahid nak
sangat lulus. Sebelum hari kejadian, kami siap buat study group lagi
untuk study sama-sama. HAHA. Masa dalam van pun, aku baca lagi
buku teks yang disediakan. Aku duduk sebelah Hajar dalam van. Wahid
terpelosok kat belakang kami. So, aku and Hajar bersoal jawab dalam van
tu. Aku makin stress bila Hajar ingat semua benda. Time tu, dalam
otak aku pikir aku akan gagal je weyh !

Sampai kat tempat untuk test tu, mangaii... Ramai jangan cakap.
Kebanyakan daripada mereka tengok kami macam alien lemas dalam
Sungai Congkak je. Maybe kitaorang nampak terlalu babyface.
Muahaha.
 'Awak semua, kami dah genap 16 tahun okeyh!'
Dipendekkan cerita, Hajar mendahului untuk masuk ke dalam bilik
yang full dengan komputer. Dah nama pun computer test.
Hajar masuk and then a few minutes later, aku masuk and then Wahid.
Rupanya aku sebelah Hajar je dalam tu. Tapi, jangan ada nawaitu
nak meniru !
Kiri kanan anda telah disediakan penghadang.
Jangan berangan kau lulus berkat kau meniru. CCTV pun ada :) .
So, test yang diberikan kena jawab dalammasa 45 minit
(if im not mistaken).

Tengah syok aku jawab test, someone cuit bahu aku. Terkejut. Terpana. Terkedu.
To be continue ... *mak panggil!*












Thursday 24 September 2015

14.8.2015 THROWBACK


SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh


Eksperimen Respirasi Haiwan. Tikus, Rindu. Kenangan. Indah tak terungkap.


*Walaupun cikgu bio tangkap gambar kami time eksperimen
dengan bermacam aksi yang tak boleh ditiru umum,
aku tetap nak letak gambar google. Mak tak bagi letak gambar.
heh. --'*

Terkapai kau dalam timbunan rezeki,
Mencari secarik ketenangan,
Menjauhi sekelompok manusia yang mencengkammu.

Wahai sekelompok manusia kejam!
Jauh ku terpisah daripada sahabatku,
Salah apa aku?
Manusia hina!
Tatkala aku tenggelam daripada dunia nyata,
Kerisauan palsu kau tonjolkan,
Khilaf apa yang ku lakukan?
Manusia!
Tidak ku sangka kau menghunus hancur tubuhku.
Ya.
Aku makhluk perosak.
Namun,
Dunia ini bukan hanya kau yang genggam.
Aku juga ingin menumpang teduh..

Makhluk indah,
Tidak terlintas ingin menyakitimu,
Tuntutan ilmu kami tambat di lubuk hati,
MAAFKAN KAMI.
DIA MAHA TAHU.
Moga kau damai...

Sincerely me : luahansikhilaf.blogspot.com


p/s : Curi-curi update while doing my chemistry presentation. Naik cuti ni
       ada BI ORAL TEST untuk ORAL ke 2. Tulisan besar tu bagi orang yang
       menulis ni nampak dia confirm dapat low mark. Huarghh !!
       Pray for me. :'( Oh by the way, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
       Homework memang virus time cuti-cuti ni. Eloklah.
       Orang pergi surau tengok lembu kena sembelih, aku?
       Takpa Nur takpa. Ada hikmahnya! --'

Saturday 20 June 2015

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh

CLICK BANNER TO JOIN



Antara hadiah-hadiahnya:
Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno - 5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang
(Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)
Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)


Sunday 14 June 2015

Abang JPAM Macho

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh



Alhamdulillah, berikan tepukan kepada jari sendiri yang rajin menaip setelah
sekian lamanya. Today is Sunday ! Esok sekolah. Rindu..
Cuti sekolah dua minggu aku gemerlapkan dengan menambahkan berat badan
 kat rumah. Terpaksa, okey! Abang aku kerja tak henti-henti. Haih.
Tak sabar nak merasai alam pekerjaan.*form four pun still merangkak lagi. :3*
So, aku luangkan masa aku dengan novel-novel yang belum dibaca disebabkan
mid year exam hari itu. Gembira tak terkata sebab tahun ni banyak novel yang
 aku beli. Aku tak laburkan wang tapi aku laburkan baucer kakak aku.
Alhamdulillah. Sila jealous. Muahaha.
Panjangnya lahai mukadimah. --'

Back to the tittle.. Tadi aku berseronok kat dalam bilik.
Apa benda entah aku buat. Berdiri, jalan, duduk, berdiri balik, duduk,
 jalan balik. Timur ke barat. :3
Lepas itu, suddenly mama masuk bilik. Alhamdulillah. Aku tak baca novel
 time tu sebabnya mak aku ni allergic betul tengok aku baca novel.
Tak tahulah. Baca novel dapat meluaskan kosa kata, tau! --'

Then, mama cakap ada ular kat dapur. Aku terkejut. Mama cakap ular kecil je.
Aku lega sat. Mama cakap lagi, abang call bomba. And part ni,
aku terkejut nenek beruk. What??!! Ular kecil call bomba?! Okey, aku tak nak
buat sebarang spekulasi. Terus aku menonong ke tingkat bawah.
Aku tengok kakak aku tengah kegelian. Dia memang benci ular. HAHA.
Bagi gambar ular memang cari nahaslah.
Kakak aku tunjuklah 'koordinat' ular tu kat mana. Tepi bakul sampah.

Aku fokuskan mata aku ke arah tepi bakul sampah. Makaii. Kecil tapi eiii..
Geli bak ang !!! Mak aku suruh abang aku halau guna penyapu tapi abang aku
takut plus geli. Kakak aku apatah lagi. Aku? Maaflah. Tak suruh pun aku takkan
buat apatah lagi kalau disuruh. Adik lelaki aku pula yang nak try tunjuk hero.
Tapi, sebelum dia buat abang aku dah bagi jelingan tajam dah.
Melampaulah nak suruh budak sebesar 11 tahun halau ular.
Adik perempuan aku menjerit je kerja dia. Dari mana ularnya? Wallahualam.

Beberapa minit menunggu, akhirnya bomba datang. Aku berdoa bersungguh
moga bukan lori bomba yang besar gedabak tu! Yalah. Tak ke over?
Ular kecil tapi lori bomba yang datang bukan main besar?
Ingat ni rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba ke? --'
Dan... Bukannya bomba tapi Kadet Pertahanan Awam yang datang.
Correction. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Tak kesahlah bomba ke JPAM
ke asalkan ular harus di'nyah' from my house! Pertama dalam sejarah tau ular
masuk rumah!

Jiran depan rumah siap datang lagi. Haa kau! Class sungguh jiran kami,
Bersemangat kejiranan. Seorang abang JPAM dah masuk rumah and
seorang lagi pak cik JPAM. Manusia mana yang habaq abang JPAM tu
handsome? Haruslah kakak aku. Tapi, dia cakap gitu-gitu je lah.
Tahu tak apa yang paling lawak?
Mak cik jiran aku nampak abang aku dah lompat atas kerusi sambil peluk kaki.
Hamekkau! Tak pernah abang aku buat macam tu. Semua gelaklah gamaknya.

Dipendekkan cerita, alhamdulillah tiada gangguan mental yang dilaporkan. --'
Semuanya selamat. Tindakan abang yang menelefon pihak Bomba even
JPAM yang datang memang tindakan yang bijak. Sebabnya, pak cik dan
abang JPAM tu sendiri nak tangkap ular tu memakan masa.
Abang aku cakap kalau dia main hye-hye bye-bye guna penyapu je,
mahunya dah kena gigit. Tak hairan kalau jadi arwah juga.
 Nauzubillahimizalik. Alhamdulillah semuanya selamat.

Aku teringat pak cik JPAM cakap kat abang aku yang ular tu ular sampah,
Okey tu pelik. Kakak aku teringat sesuatu.
"Nak pack baju cepat-cepat! Kang datang pula ular baju."
katanya terus meluru ke tingkat atas.
Tak boleh blah.
In fact, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Bila aku masuk bilik, aku perasan yang buku-buku aku bersepah kat lantai.
Mana ada orang buat homework persekitarannya ayu tanpa cela. Erk.
"Aduh. Kang datang pula ular buku." aku bebel.
Kakak aku gelak.
Adik aku ada snap gambar ular dengan anggota-anggota JPAMnya sekali tapi
seriously aku malas nak upload. Nak tengok juga?
Pergi search kat Al Hafiz Ustaz Google bin Haji Internet. Berlambak gambar
makhluk ciptaan ALLAH SWT kat situ. So, enjoy! :p

KESIMPULAN
Jika anda berhadapan situasi yang mencemaskan, sila bertenang dan call
pihak penyelamat seperti polis, bomba, jpam and so on.
Jangan jadi Superman. :') Hehe.

#MarhabanYaRamadhan
#PrayForSabah

                                                      Assalammualaikum.. :)



Saturday 18 April 2015

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad

Tuesday 7 April 2015

Got to Believe #bestendingever

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.

Quick update for today alang-alang buat presentation for killer subject. :3
Alhamdulillah, after this tak adalah aku rush sangat bila loceng tamat sekolah
berbunyi. You know what? Dari bulan Februari hari itu, aku kena 'struggle'
untuk dapatkan first trip untuk naik van.

Satu saja faktornya..



Sebab aku nak tengok cerita itu. Haaa! Tengok tak? Tak silap aku,
cerita itu start from last year bulan 12. For the first time aku tengok drama
Philipines dengan konsistennya. Cuba kalau belajar bersikap macam itu?
:3 *Don't make me as your idol.haha.who want? -_-*


*time Jouquin lupa ingatan and be Ryan -_- Sakit hati time ni !*

Kadang-kadang confirmlah terlambat juga dek kerana ada extra class tapi
dapat juga tengok TAPI dapat tengok previewnya untuk esok saja lah.
HUHU. Whatever lah.

But after this, aku tak akan rush lagi untuk balik and maybe
I'll stay for study group? Errr.. Krik krik krik.
Drama ni dah habis semalam !!! =_=
It is really best ending ever.. Cerita yang tak pernah boring sebab
tak ada babak yang diulang macam drama Indonesia. :)
Jouquin and Chichay .. aku tak boleh nak ber'testimoni' sangat lah.
Sebabnya.. nanti aku jadi gila. Huhu. Itu hiperbola. :/



p/s : Kalau perasan, lagu kat blog ni pun aku baru letak.
That's ost for gtb. :3

Till then.. Assalammualaikum :)


*paling sweet :3*

Saturday 4 April 2015

Segmen : Topup Giveaway by SukaGelak

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.


{Click Banner To Join}

Due Date : 5/4/2015
Hadiah : Topup RM10 x 3 pemenang ||||||| Topup RM5 x 4 pemenang.

Thursday 19 March 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih


As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Sunday 1 March 2015

GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.


[CLICK BANNER TO JOIN]



Due Date : 5 Mac 2015 (Khamis)

p/s : Tatkala diri ini sedang sibuk bagai nak gila, sempat lagi aku join ga ni.
Sebab? Aku gilakan novel. Sekian, wassalam...

Sunday 11 January 2015

Monday To Friday

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.




Tak sangka tahun ni aku form 4. Nak kata besar takdelah sangat kan.
Just 50 - 50. Ramai kawan-kawan aku sedang menunggu KV, ST, SMS, MRSM
 and so on result untuk asrama. And I'm just waiting for tomorrow!
Sekolahku yang tercinta. Hukhuk.

Pelik sebab sekolah aku ni tak keluar-keluar lagi list untuk form 4 class.
Tak tahulah kalau sekolah aku ja yang macam ni. -_-
Aku minat sains tulen and ICT tapi tak tahulah nanti dicampakkan ke mana.
Aku merancang tapi ALLAH sebaik-baik perancang so aku redha ja nanti. ^^

Bila sekolah dah start, semestinya aku akan jarang update blog. Focus on study!
But inshaALLAH, aku akan on kalau cuti and tu pun sebab nak tengok
pemenang giveaway. Haha. Aku akan stop joining giveaway buat masa ni.

Blogwalking. Kalau kau orang perasan list giveaway aku, banyak yang
(TAMAT*bw*), actually aku tak blogwalking lagi tu.
Because I'm too busy to do it. InshaALLAH, aku akan bw juga bila cuti nanti.
 Tapi, tak tahulah pula kalau cuti nanti banyak homework yang menanti.
Biasalah. Pelajar dengan homework tak dapat nak dipisahkan.

So now aku nak ucapkan come back to school! Tadi tengok berita.. kasihan
mangsa banjir yang ke sekolah hanya memakai selipar ja.
Semangat mereka nak ke sekolah memang membuatkan aku lebih mengenal
erti bersyukur. Aku pasti ramai lagi yang rasa apa yang aku rasa.
Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Setiap yang berlaku pasti ada
 hikmahnya.

Till then..
Doakan aku sentiasa di bawah keredhaanNya dan
doakan aku lebih tabah menghadapi masalah di sekolah (monday to friday!).
InshaALLAH :)






Thursday 8 January 2015

Bila Kiamat Nanti ...

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.

Tanda kiamat kecil hampir lengkap. Kini, kita hanya menunggu kedatangan
makhluk ALLAH yang membawa fitnah besar iaitu dajjal atau terbitnya
matahari di sebelah barat. ALLAHUAKBAR.






~ Tempat pertama yang Dajjal akan kunjungi
~ Tempoh Dajjal akan menghuru-harakan dunia
~ "Kalau kita hidup zaman tu.. pasti akan berjumpa dengan Dajjal.."
~ Perkara yang paling menakutkan semasa kedatangan Dajjal
~ Kita sedang menunggu tanda besar kiamat yang pertama

DAN LAIN-LAIN, SILA TONTON VIDEO INI :



Semoga dikurniakan keinsafan buat diri kita semua.
Bukan hanya keinsafan...
Tapi, perubahan yang tanpa 'nanti' dan 'sekejap' ... 

Dari Huzaifah, Rasulullah SAW telah bersabda ; Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka.
-Hadis riwayat Muslim- sumber


*NOTA BUAT DIRI AKU DAN KAU*
Semoga bermanafaat ! 

Wednesday 7 January 2015

#13 Wordless [Arwah ayah...]

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.



*click for clear image*





Sayang ayah.. Rindu ayah.. :'(
Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Dan dijauhkan daripada fitnah kubur. Al fatihah...
Sayangilah mereka selagi mereka masih ada,
Sebelum hanya pusara mereka sahaja yang mampu ditatap...
Dan ditangisi..

Monday 5 January 2015

1st Mini Giveaway By Ira

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.



Due Date : 8/1/2015

Giveaway Preloved Books

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.

http://budaksukavanilla.blogspot.com/2014/12/giveaway-preloved-books.html
Giveaway Preloved Books ini ditaja oleh :
 
Pemenang :
1 Top Referral :  4x buah buku
Random org :
15x buku = 15 pemenang 
1x komik + 4x shiseido mask = 1 pemenang
2x shawl = 2 pemenang
2x topup RM10 = 2 pemenang
1x flower crown = 1 pemenang (dipilih oleh sponsor)
TAMAT 1 FEBRUARI 2015 =
click banner untuk join :)

Saturday 3 January 2015

2015 First Post *after giveaway*

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.

Before that, maaf tajuk post ni entah apa-apa. Haha. 
Cerita 31/12/2014 masih bersemadi di dalam ingatan. Cewah. Ayat class gitu.
Tarikh tu actually aku pergi sekolah and tolong cikgu untuk pendaftaran
pelajar form 1.
Aku : Kalau orang tanya kita form berapa, nak jawab apa eh?
Mina : Tahun depan form 4 lah.
Aku : Tahun depan tu esok wei. Senang cite tepat kul 12 tghmlm.
Mina : *gelak*

Nak cakap masa yang berlalu begitu pantas. Tahun 2014 bagi aku penuh
dengan keperitan. Semua perasaan yang bercampur aduk.

16 Mei 2014 - Arwah ayah pergi menghadap ilahi. Walaupun ada banyak
tanda yang menunjukkan arwah dah nak 'pergi',
 tapi aku masih sedapkan hati aku. Susah nak terima yang arwah ayah dah
 tinggalkan kami semua tapi kami tak boleh nak tolak takdir.
Air mata tak pernah kering. Memang semua orang akan menghadapi kematian,
 tapi aku tak sangka bila dapat tahu arwah ayah yang pergi
dulu. ALLAHU.



Hari yang arwah ayah pergi juga adalah hari di mana  peperiksaan pertengahan
tahun dijalankan. Alhamdulillah...Aku masih ada seorang wanita yang digelar
mama yang selalu membimbing aku. Adik beradik aku yang lain.
Kawan-kawan aku. Yang paling penting, aku ada ALLAH.
                                                                           Al fatihah untuk arwah ayah...



12 Disember 2014 - Mama menjalani pembedahan untuk membuang
ketulan di payudara. Walaupun ketulan tu bukan kanser tapi kami tetap risau.
Mama dalam bilik bedah lebih kurang dari pukul 5 petang sehingga 9 malam.
Bayangkanlah betapa risau dan takutnya kami menunggu. Alhamdulillah,
 semuanya berjalan dengan lancar.

22 Disember 2014 - Alhamdulillah... Akhirnya, setelah sekian lama
 menunggu, dapatlah juga aku lapangkan dada. Result PT3.
Walaupun tak banyak A, tapi aku bersyukur sebab still lulus. :D
Perjalanan masih jauh. I will try to study hard and smart. Yeah, inshaALLAH.
 Tahniah untuk semua batch 99. ALLAH bagi ikut apa yang kita usahakan.
Wallahualam. :)

Rasanya masih belum terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru. Semoga
tahun 2015 lebih baik daripada tahun 2014, inshaALLAH.
Dan yang paling penting, sannah helwah untuk kekasih kita semua,
Nabi Muhammad SAW.



Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.



Semoga taubat, tarbiyah dan  hijrah kita diterimaNya.
Sama-sama kita usaha untuk mendekatkan diri kita kepadaNya dan
Rasulullah SAW, inshaALLAH.

                                                                                           Doakan aku, sahabat...








Postcards Giveaway from Czech & Germany

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh


[click banner to join]

Tag :

Tamat : 9/1/2015

Pencarian Bloglist 2015 By BBL - Contest

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.
[click banner to join]


Tamat : 8/1/2014

Year End Giveaway by ftintsha


SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.

[click banner to join]




Friday 2 January 2015

Goodbye 2014 Giveaway Di Munirahizzan.com

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.

[click banner to join]

Syarat penyertaan :-
1. Terbuka pada semua blogger lelaki dan perempuan dan bermastautin di Malaysia
2. Follow blog :

3. Follow Instagram :

4. Like Page : 

5. Follow twitter :

6. Add To Circle Google+ Munirah Izzan

7. Buat satu entry yang bertajuk Goodbye 2014 Giveaway Di Munirahizzan.com.

8. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
9. Tinggalkan URL entri penyertaan anda ke dalam ruangan komen entri ini.
10. Share status di wall facebook anda mengandungi URL entri penyertaan.

11. Pemenang dipilih menggunakan random.org dan akan diumumkan pada 09/01/2015. (Jumlah pemenang belum ditentukan kerana hadiah mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa)

Semoga berjaya.
Selamat tinggal memori 2014.. 

Semoga kehadiran tahun baru 2015 bakal membuka lembaran baru yang lebih bermakna buat kita semua...



simple giveaway by Licha

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.


[CLICK BANNER TO JOIN]