Thursday 31 October 2013

Mengapa COUPLE ?


                                                        


    Assalammualaikum  Warrahmatullahi Wabarakatuh .. Ehem,sihat semua ? Alhamdulillah..Ana dah start
       holiday..Rasa macam tak percaya,kan ? Cepat sangat masa berlalu..Kita ni pun hidup tak lama..
      Yelah , tak kira muda yang cun/macho atau tua berkedut kedut ,semua akan meninggal.Masanya?
                                                         Hanya ALLAH yang tahu !

             Tetapi ,kenapa ye bila rasa diri kita ni semua akan pergi , kenapa still dekat sangat dengan Zina ?

                             "Zina?Hishh,tk pernah aku buat bnda karut tu!Buat dosa saja!"

       Ehem! Couple tu menghampiri zina tahu? Still cakap couple tu bukan menghampiri Zina ? Hang baca ni :

Rainbow Bubbles                                                                 
"Dan janganlah kamu menghampiri zina ,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) " (Al Israa; : 32)                                                                                                                       

                 Dah tahu ? Tapi kenapa ? Kenapa masih nak menjalankan hubungan yang tak halal?
Kalau dah tak sabar sangat ,pergilah suruh si lelaki pujaan hati masuk meminang ?Walaupun hang cakap,  hang tak buat something , tetapi percayalah perlahan -lahan je benda tu cucuk-cucuk nanti .. Cuba
bayangkan kalau suatu hari , malaikat tarik nyawa time hang tengah bermaksiat ? Sia-sia saja nanti ..Lagi
satu , tak takut ke bila dah terlambat?

        Bila mana hubungan makin lama,makin jauh tersasar , akan errr .. Akan lahir bayi yang tidak berdosa?
ALLAH .. Nauzubillahiminzalik ! Hanya memberi nasihat .. Tolonglah tinggalkan benda tu semua sebelum
terlambat .Bila waktu dah terhenti , teman sejati hanyalah AMAL , bukannya sayang,darling hang tu ..

 *Aseef , kalau ayat terlalu kasar . Terasa? Alhamdulillah .. Hang masih ada Iman .. ALLAH Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani . Bertaubatlah .. :)
             
Wallahualam ..



Tuesday 8 October 2013

Alhamdulillah ...Dakwah ?


         Assalammualaikum .. Alhamdulillah , rasa macam nak update post baru . Masa masa macam

ni je lah boleh on blog . Eyelah.. kan PMR ,so kita cuti lah ,.. hehe ..Err , tengok tak tajuk atas tu ..

Haa !! ( --__-- ) Tadi , ada lah buka satu group ni kat Facebook . Then ,ada someone yang post tentang

satu video ni tau .. Best !!  MasyaAllah .. First sekali tengok video Cinta High Class .. Antara ayatnya

yang boleh buat orang yang tengah Couple 'tertouch' , seperti di bawah :

Setiap yang bertunang ataupun yang ada perasaan sebelum nikah ini
Sedang Berdusta ,
Sedang tak menjadi dirinya yang sebenar ,
Jadi kalau kamu Bercouple ,Berkawan -kawan 20 tahun sekalipun ,
Kamu takkan kenal dia ,
Yang kamu kenal adalah Lakonannya .
Buang masa saja kalau kita kata nak kenal sebelum Nikah .
Kita akan hanya mengenal seorang PACAR ,
Bukan seorang SUAMI .
Sebab masa Berkasih yang kita cari hanyalah Keindahan2 nya .
Kita cari hanyalah kesoronokan .
MASA BERKAHWIN ,kita kenal dia .
Dan kelemahan & kebaikan dia .
Kita cuba bantu untuk Tingkatkan Potensi dia ..
Dan kalau kita berpacaran bercouple sebelum Nikah ini 
Syaitan akan jadikan itu 1 Modal penting 
Untuk Rosakkan ALAM RUMAHTANGGA kita nanti .
Sebab masalahnya dik , ada masalah yang kita undang ,
Ada masalah yang kita tak undang ,
Yang kita undang sekarang ni , bila kita tak Setia ......................

Untuk saksikan Videonya , sila ke Link ini (  VIDEO CINTA HIGH CLASS !  )

Antara video lain adalah seperti berikut :

VIDEO PERATURAN BUMI BY USTAZ AZHAR IDRUS !

VIDEO KELALAIAN TV BY USTAZ AZHAR IDRUS !

VIDEO CARI ILMU BY USTAZ AZHAR IDRUS !

VIDEO RM 2700 BY USTAZ AZHAR IDRUS !

VIDEO GENG TIDAK SOLAT BY USTAZ AZHAR IDRUS !

VIDEO MARI DAKWAH BY USTAZ AZHAR IDRUS !

Dan ...

VIDEO TERBELIAK BY USTAZ KARIM !

So , jom tengok .. Tak rugi , InsyaAllah .. Wallahualam ! :')

Sunday 6 October 2013

Tanda-Tanda Kematian Yang Baik ! (HUSNUL KHATIMAH)



Assalammualaikum .. Sekadar perkongsian bersama ! Mohon betulkan apa yang salah .. InsyaAllah..




Yang jelas tentang tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu;


1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)

2. Berpeluh di dahi

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;

“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).

3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).

Wallahualam ! :') Bittaufiq Wannajah untuk PMR ..!