SubhanaALLAH Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.
I'm feel awkward! Haha. Rindunya kat blog. Lantak pi lah exam yang tak habis-
habis lagi tu. Kononnya tak nak update blog time exam tapi
nafsu memberontak. It's okey. Rabu next week last paper. PJK and PSK.
Penting ke tak? HAHA. :3
Minggu pertama final exam my mum suruh daftar lesen motosikal. Okey,
rasa macam kepala ni nak kena hantuk kat dinding. Just imagine hari tu
(Ahad) ada ceramah lesen motor and then hari Isnin ada
paper agama. Okey tak nampak sangat bebannya kat situ. Cuba imagine
pula kalau hari Sabtu ada computer test (L) then hari Isnin ada ADDMATH.
MasyaALLAH. Gilakau!
*pelamin anganku musnah. TETIBA. :3* |
Okey bukan nak cerita tentang exam. Nak dapatkan lesen ni bukan senang
haih. Duit tu satu hal lagi. Belum cerita bab dah ambil test berapa kali
tapi tak lulus-lulus. Ada seorang pak cik ni.. Umur dalam lingkungan
30-an macam tu wallahualam. Time ceramah, pakcik tu ada.
Paling berumur jugalah antara yang dengar ceramah. He said that he
always stuck at computer test and if im not mistaken, when he passed his
test.. JPJ pula tak lepas. Nampak tak stressnya kat situ.
CERAMAH
As usual, aku, Hajar and Wahid (nama wahida tapi panggil wahid. Takpe.
Tak jatuh haram. :3) daftar sesama untuk ambik lesen. Hari Ahad kami kena
pergi Broga. So there we go.Untuk lesen motor, kami yang paling muda belia.
Ya ALLAH, ceramah dia gila bosan tahap tak hengat. Penceramah tu sendiri
menguap almost 8 ke 10 kali. HAHA. Walaupun kitaorang rasa macam nak
keluar je daripada tempat ceramah tu, at least boleh pergi Bukit Broga (--')
tapi tabahkan je lah jiwa ni. Nak lulus test? Jangan buat koje gila. So,
6 jam kami diberi ceramah. Paling tak boleh blah..
Teringat kata penceramah tu..
Orang yang naik skuter ni OKU. -katanya.
HAHA. Aku baru mengidam nak kumpul duit beli skuter, tapi lepas
penceramah tu cakap macam tu. Hancur harapan, punah semangat. HAHA.
Maybe dia cakap macam tu sebab skuter takde gear macam motor biasa.
Slow macam kura-kura. KOT. Entahlah..
Tu je moment yang aku ingat time pergi ceramah motor. Sengsara.
COMPUTER TEST (L)
Okey, lepas dah hadiri ceramah pihak depa tetapkan tarikh untuk ambil
test. Again, kami naik van yang disediakan. I thought tempat yang sama
which is Broga. Sangkaan meleset. Pemandu van tu bawa kami ke Cheras.
Oh dalam van tu ada lagi orang lain. Ramai yang ambil lesen kereta.
Baru perasan, ada seorang budak lelaki kat belakang is my schoolmates.
Tak rapat so abaikan. HAHA. Oleh sebab, aku, Hajar and Wahid nak
sangat lulus. Sebelum hari kejadian, kami siap buat study group lagi
untuk study sama-sama. HAHA. Masa dalam van pun, aku baca lagi
buku teks yang disediakan. Aku duduk sebelah Hajar dalam van. Wahid
terpelosok kat belakang kami. So, aku and Hajar bersoal jawab dalam van
tu. Aku makin stress bila Hajar ingat semua benda. Time tu, dalam
otak aku pikir aku akan gagal je weyh !
Sampai kat tempat untuk test tu, mangaii... Ramai jangan cakap.
Kebanyakan daripada mereka tengok kami macam alien lemas dalam
Sungai Congkak je. Maybe kitaorang nampak terlalu babyface.
Muahaha.
'Awak semua, kami dah genap 16 tahun okeyh!'
Dipendekkan cerita, Hajar mendahului untuk masuk ke dalam bilik
yang full dengan komputer. Dah nama pun computer test.
Hajar masuk and then a few minutes later, aku masuk and then Wahid.
Rupanya aku sebelah Hajar je dalam tu. Tapi, jangan ada nawaitu
nak meniru !
Kiri kanan anda telah disediakan penghadang.
Jangan berangan kau lulus berkat kau meniru. CCTV pun ada :) .
So, test yang diberikan kena jawab dalammasa 45 minit
(if im not mistaken).
Tengah syok aku jawab test, someone cuit bahu aku. Terkejut. Terpana. Terkedu.
To be continue ... *mak panggil!*
Good luck nanti nak test JPJ. Tak sabar tunggu sambungan cerita, haha :)
ReplyDeleteHuhu. Seram! Org ckp kt titi susah, :D Dh smbung . hee~
Delete