Saturday 22 November 2014

Kaki Bangku Main Futsal Part 2


SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh...


*keep in our mind*

Sihat semua? :) Hari tu cerita tentang Kaki Bangku Main Futsal .. Hari ni, part 2 pula. Ada pula part-partnya. Walaupun tak ramai orang baca tapi aku puas sebab aku dapat copy paste suasana time aku main futsal hari tu daripada otak ke blog. Pelik binti Hairan pula bunyinya.

Okey then keesokan harinya kita orang siap sedialah dengan perlawanan kita orang. Pagi tu aku dengan Wahid bersemangat cari ahli lain untuk confirmkan yang dia orang datang. Hampa..
Ahli kita orang yang ada 7 orang, hanya seorang yang berguna iaitu Athirah. Yang lain tak datang and budak India dua orang dengan ayunya memakai baju uniform sekolah.



Aku and Wahid pula hanya tersenyum pahit. But then, sepantas kilat aku terfikir kat Ja. Hehehe..
For your information.. Group Ja dah kalah first-first perlawanan walaupun kumpulan dia nombor satu. Kahkah. *wuu..jahat!*

Aku suruh Wahid tanya cikgu boleh tak nak ambil kawan lain. Cikgu pun bagi green light. Alhamdulillah. So now team aku ada empat orang. Aku, Wahid, Ja and Athirah..
Lagi seorang! Dah tentu kita orang 'sambar' Aman. Aman pun daripada group lain tapi dah kalah.
Hahahaha. Huk huk.



Main punya main alhamdulillah aku sebagai keeper dapatlah menepis serangan daripada pihak lawan. And of courselah perempuan main banyak ke penalti je. Yang paling kelakarnya ada satu group ni ..
ahli dia orang sepak ..



kuat gila! Group kita orang and group dia yang lain pun ..



Agak-agaklah sayang oii.. Ni futsal. Gawang kecik je. Hang pula dengan bangganya sepak sejauh-jauh padang. Penat pula aku nak kejar bola tu. Tapi, alhamdulillah ada kawan lain yang tolong ambilkan.
Ada satu group ni pula memang main sepak luar je. Jujur, memang boring.

Kebanyakannya kita orang menang sebab Wahid and Aman. Ja and Athirah pula berperanan untuk hantar bola. Tapi ada satu game.. penalti juga. Tangan aku nak tepis dah bola tu tapi bola tu masuk juga gawang.


*benda first aku tengok muka kawan-kawan aku. Dia orang kecewa*

Tapi selepas tu, kita orang redha.  Memang kita orang penat gila.



Opss.. Maybe dia orang je kot. Dia orang banyak kejar bola. Aku? Banyak duduk diam je.
Main punya main punya main .. Alhamdulillah, we got third place.
Gembira sangat sebab kita orang tempat ketiga daripada 24 kumpulan yang lain. Kita orang pun rehat-rehat sambil tengok final. Suddenly, Iqa datang and inform yang sebenarnya kita orang layak masuk final tapi pengadil yang merupakan PELAJAR FORM 3 juga salah aturkan apa benda entah. Aku bukannya tahu sangat bab-bab bola ni.

Tapi, yang aku tahu daripada Wahid, Aman ,Hajar and Athirah.. Dia orang cakap .. 
"Kita main lebih daripada game yang sepatutnya kita main. Pengadil salah."
Huh! Sabar je lah. Punyalah penat main last-last pengadil silap. Memang ramailah tak puas hati tapi final still diteruskan. And one more time .... kita orang pasrah dan bawa balik medal bersama serta lenguh di kaki. :3

Ha! Gambar ni pula...



Actually, hari tu adik aku ada lawan futsal juga. Perlawanan antara taman perumahan semua seksyen.
Dia dapat nombor tiga. Adik aku ni pula jenis yang kalau tak dapat johan memang pot pet pot pet mulut dia. Dan aku pula...
"Apalah.. Kak Tin pun dapat nombor tiga! Kau yang laki pun dapat nombor tiga. Tak powerlah.."

Lagi berasaplah budak tu. Hahahaha. But, of courselah adik aku lagi power even dapat nombor tiga. Ye lah. Dia orang main cara lelaki. Kita orang main cara wanita melayu terakhir gitu !

Alhamdulillah.. Kenangan main futsal buat pertama kalinya dalam hidup time form 3 akan ku abadikan dalam ingatan buat selama-lamanya! *huk huk huk*
 




7 comments:

  1. Terrorlah awak...saya pun ada main bola sepak tahun lepas tapi saja2 je masa pj..main setengah padang je. Penat jangan cakaplah. Lari sana..lari sini..hehe...tapi memang best. Tahniah, nur! :)

    ReplyDelete
  2. @Ainur AthikahAlhamdulillah..Sya freedom klau bab lari2 ni sbb tu jdi keeper je.. hehe. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. wahhh best nya dapat main futsal dengan kawan2 kan.. haih ina ni.. memang tak de lah, sebab dah start cuti sekolah kan.. untung nya awak.. btw awak form 3 ye? selamat berkenalan hehe ^^ tahniah sebab dapat nombor 3.. kira okay lah tu.. kita perempuann kan.. bukannya selalu main futsal.. jadi, kalau sesekali tu main futsal terus dapat nombor 3, kira hebat kot ^^ hehe :D

    ReplyDelete
  4. @Sabrina SAHaah. Blh je main dgn family. ^^
    Slamat brkenalan jga :D Haha.. Alhamdulillah .. Mlu pula :3 Ceh. :D

    ReplyDelete
  5. wah bersemangat baca entry ni. serius rasa time tengah berlawan futsal tu. hehe :) fir pun pernah main futsal tapi dah lama lah. kali terakhir, hujung tahun lps. haha tau2 je la perempuan main mcm mana. entah tetiba cikgu suruh kitaorg main bola sepak. selalu menghadap bola keranjang je kan. apapun best! dapat pengalaman baru main futsal ni kan ^^

    ReplyDelete
  6. @Firzanah AzharMmng prempuan main comel sngt. haha.Slalu bola kranjang ? Wah.. Kta tk pndai main apatah lgi bola jaring. Btul! ;)

    ReplyDelete
  7. I very love the memories !~
    I miss that time !~

    ReplyDelete

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh and hye.
Komen apa yang terlintas di fikiran anda.
SILA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI CBOX.
Kalau kat sini, tak perasan sangat . Aseef jiddan :)