Saturday, 8 November 2014

Dunia Sudah Sampai Ke Penghujungnya


Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.



Tahun ini ialah Tahun kesedihan buat Umat..
Di mana Tahun ini tahun paling ramai sekali Alim Ulama telah pergi tinggalkan dunia ini
kembali kepada ALLAH buat selama-lamanya...
Bermula dengan Syeikh Ramadhan Buty, Ulama Besar Dunia...
kemudian di turuti dgn Tuan Guru Ustaz Harun Taib, ketua Ulama Pas...
kemudian di turuti dgn Syeikh Habib Munzir Al-Musawa...
kemudian Syeikh Muhammad Al-ansori (syura Dakwah Madinah)...kemudian Syeikhul Hadith Maulana Abd Qader(Amer Dakwah Bumi Hijaz)..
kemudian Syeikhul Hadith Maulana Zubair ul Hasan (Syura Dakwah Dunia)..
kemudian di ikuti dgn Syeikhul Hadith Kiyai Uzairon Thaifur Abdillah (Ulama Besar Indonesia)...
kemudian Tuan Guru Pak Su Mid Gunong, Tuan Guru yg sgt Alim di Kelantan..kemudian di ikuti dgn Tuan Guru Hasan Syazili Bin Kiayi Hj Suhod Sabak Bernam..
dan Ramai lagi Alim Ulama yg telah pergi meninggalkan kita semua
buat selama-lamanya pada tahun ini...

Minggu ini Dunia Dakwah di kejutkan dgn pemergian
Syeikhul Hadith Hazrat Maulana Jamshed Ali kepangkuan ILahi buat selama-lamanya...
Syeikh merupakan Syura Dakwah Bumi Pakistan dan Ulama Besar di Pakistan...
dari Syeikh telah lahir puluhan ribu anak2 Muridnya yg kini menjadi Ulama
di tanah air masing2 termasuk di Malaysia yg kini kesemuanya telah buka madrasah
di Negara masing2..

Seorang demi seorang Ulama telah pergi tinggalkan kita...
kehilangan mereka amat di rasai...berkurangnya Ulama berkurangnya orang Soleh di Bumi ini...
Bumi sepi dari kekasih ALLAH..orang yg mewarisi ilmu kenabian dan
penyambung risalah Nabi Saw semakin berkurang...
cara ALLAH mengangkat ilmu dari dunia ini ialah dgn mematikan alim Ulama..
maka Umat hari ini kita lihat hidup dalam keadaan jauh dari Agama dan
 teraba-raba dalam kegelapan Dunia yg menipu..


Lahir ahli dunia yg sewenang-wenangnya menafsirkan ayat2 ALLAH dan Hadis2 Nabi Saw
mgikut Nafsu dan keinginan mereka..
sehingga memegang anjing di khalayak pun mnjadi kebanggaan..
Lahir org2 Jahil yg mendabik dada sebagai Ulama..
memahami Agama ikut akal dan ikut rasa suka..
sehingga kita lihat wujud golongan yg mengkritik dan memandang rendah Ulama zaman silam..
perpecahan berlaku di sana sini..tidak wujud lg kehidupan berkasih sayang sesama umat..
Masjid2 pula kosong dan sepi terkadangkala sedihnya kekosongan masjid
disebabkan perebutan jawatan di masjid...

Dunia seolah telah hampir sampai ke penghujungnya...
Islam Di ibaratkan seperti Sebuah Bangunan..
dan alim Ulama di umpamakan seperti batu bata yg diguna untuk
membentuk bangunan itu..wafatnya seorang Ulama maka Bangunan Islam telah retak...
yg tidak akan bisa di ganti dan di tampal sampai hari kiamat...

Akhir-akhir ini kita melihat seorang demi seorang Ulama meninggal dunia
yg mana bangunan Islam sedang retak dan retak..dan terus retak...
ini petanda Dunia seakan hampir dgn pghujungnya..
tidak ada lagi hingga ke hari ni kita mampu menggantikan tempat Ulama2 empat mazhab..
tempat Imam2 Hadis...inilah buktinya keretakan td tak kan bisa
di tampal dan di ganti sampai hari kiamat..

Semoga ALLAH memelihara iman kita dan istiqomahkan kita atas Jalan Nabi saw
 dan matikan kita di JalanNya dan bangkitkan kita bersama Nabi Saw kekasihNya
 dan para Sahabat Baginda...
ALLAHUMMA amin..
Us Khann Da'ie
Madinah Munawwarah
Bandar Nabi SAW

Sumber

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh and hye.
Komen apa yang terlintas di fikiran anda.
SILA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI CBOX.
Kalau kat sini, tak perasan sangat . Aseef jiddan :)