Monday, 9 January 2017

1 Month Settled

Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.
SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.

So yeah, alhamdulillah. No more work,no more pain. Eh, acah je hahaha.
Esok shift malam so I don't care. 3 days non stop aku full so tak salah nak
manjakan badan, ringankan tangan untuk menaip. Banyak gila benda nak
cerita, serious! Firstly, alhamdulillah dah sebulan aku kerija! :D Bukan
nak cakap pasal gaji tapi nak cerita pasal pengalaman hiks. *gaji pun blh*


                  funny 2pm wooyoung dream high 2pm wooyoung

Paling tak boleh blah, dalam sebulan ni ada dua benda yang bagi aku
terhiburlah juga. :3 Ini cerita fresh dari ladang.
Semalam, ada dua orang pakcik mai kedai kasut tempat aku kerja then
dorang nak cari capal. Dipendekkan cerita, masa kat cashier the same time
aku tengah nak ambil balance, one of the pakcik tu tanya aku. Kat vest
yang pakcik tu pakai tertera 'Ketua Kampung'.

"Makan gula ke?" tanya pakcik ketua kampung.

 Aku peliklah. Siapa je tak pelik tanya soalan macam tu en. Dengan muka
blurr, aku jawab,

"Tak. Err,kenapa eh?" tanya aku gelabah. Gila tak gelabah?

Okey then pakcik tu balas benda yang tak boleh blah. Tak boleh blah gila.

"Sebab muka manis." ucap pakcik itu.
Keikhlasannya hanya ALLAH yang tahu. 

I was be like, tahun 2017 ternyata pakcik2 mempelopori ayat2 pickupline.
Mangaiii. Kawan sekerja aku dah gelak dah dengar cerita aku. Mujur dia
kat dalam stor time tu, kalau dia ada time pakcik tu cakap ayat pelik tu
confirm dia joget sambil men-chia chia chia kan adegan tu. Aduh dunia.
Hahahaha.

Itu baru satu hikayat. Hikayat kedua berlaku baru je petang tadi.
Aku and Wahid(girl) tengah berborak. Then suddenly Wahid cakap ada
orang kat belakang aku. Aku tak perasan sebab membelakangi orang tu.
Sebaik je aku toleh nak pandang muka manusia tu, bantai aku jerit.
Jeritan yang kenyaringan and kelangsingan dia tu kat amplitud tertinggi
lah rasanya. Aku terkejut gila kot. Rupanya customer nak beli kapur
kasut, Aku menjerit sampai terkejut jugalah customer lelaki tu.
Lepas je aku jerit time pandang muka laki tu, on the spot aku jalan
terus tak pandang kiri, kanan, belakang, atas. Aku pandang depan je.
Terus aku masuk stor. Bantai aku gelak sorang-sorang dalam tu.

Wahid cerita pula, dia terpaksa bongkok turun kat bawah cashier sebab
nak gelak. Lepas je dia bangun, rupanya mak laki tu pun ada sekali.
And, gelak sekali tengok adegan tadi. Ya ALLAH, malu gila.
First time kot aku menjerit pandang orang, Orang tu merangkap
customer pula tu! Dahlah laki tu boleh tahan lah muka dia
walaupun tu junior kat sekolah aku, oh well, dia bukan kenal aku pun.
Low profile en. Memang Wahid gelakkan aku bagai nak gila lah
lepas customer tu pergi.


                  kdrama wooyoung jang wooyoung dream high dh 10

Aku syak aku menjerit sebab intonasi suara Wahid time dia cakap ada
orang tu cam ada bunyi horror sikit. Tu yang bila pusing, terkejut tu.
Laki tu pula macam berjalan ke arah aku. Memang silap timinglah.
Tak tahulah apa korang rasa bila baca cerita ni tapi serious aku malu.

So, tahun 2017 without school. Tadehal lah. Hahaha.Tetiba je. -_-

epilogue :
*6/12, for the first time aku wish birthday crush aku. Tu pun kat ig
story and tak mention pun nama dia hahahaha. Yang happynya, dia
seen story tu and 5/12 tu aku terserempak dengan dia kat pasar.
He looked at me. Lagha semua ni. Hurmmm. Acane nak lupakan
crush yang aku suka since standard 6 ni? Sampai sekarang kot.
And.. dia. Never know. Eh,mana ada sedih. Takdelah. :3 *




3 comments:

  1. Hahaha..bestnya kerja..btw, good luck 16 Mac ni. ;)

    ReplyDelete
  2. Hi salam singgah dan follow sini :)

    Btw jom join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
  3. huhuhu....suka duka alam pekerjaan....ll the best

    ReplyDelete

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh and hye.
Komen apa yang terlintas di fikiran anda.
SILA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI CBOX.
Kalau kat sini, tak perasan sangat . Aseef jiddan :)