Sunday, 21 January 2018

Sesungguhnya...

Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
SubhnaALLAH Alhamdulillah Allahuakbar
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh

Holla! It has been a while since done my spm on 2016! Aku nak luahkan semua
perasaan yang aku rasa selama ni. Satu kepuasan bila kau taip then baca balik.
Well, otak aku bukan robot nak ingat semua benda. :3 So, ni lah dia medium tuk
hamparkan segala perasaan.

Selama 18 tahun aku hidup, aku baru tahu diri aku. Baru kenal diri aku. Maybe
20%. Aku seorang yang takde pendirian tetap. Ok,dengar macam klishe. Dulu,
bila aku dengar orang lain punya ciri-ciri diri diaorang yang selalu mention tak
tetap pendirian, aku rasa macam dah kenapa,takde benda lain ke hape. Tudiaa..
Pang, kena batang hidung sendiri.

Lepas keluar result upu untuk lepasan SPM 2016, aku frust menonggeng,
tertonggeng,tertiarap,tersungkur,menunduk,meraung. Kah. Aku harap dapat
Diploma in Nursing which is available only in UiTM and Unisza. Both two
places aku apply kot tapi tulah belum rezeki. Aku dapat politeknik which
is kat Mersing. Ok,just fine. Semua tempat sama je en. Aku dapat course
Diploma in IT(security) and aku dapat juga matrik,KMNS.

Actually,matrik aku dah tolak awal-awal sebab aku tak pernah ada rasa nak
masuk matrik since masuk kelas Science Stream time form 4. Aku tak tahu
tapi memang aku taknak. Pastu kau fikir apa bila dapat matrik ni en.
Aku dah settle dokumen tuk pi politeknik tapi aku tahu mak aku nak aku
gi matrik. Dipendekkan cerita,aku decided pi kmns. 1)Sebab agak dekat.
2)Taknak susahkan mak abang kakak aku.

Dan,jujur aku tak pernah rasa bahagia kat situ. Bukan teruk sangat pun
tempat tu. Tapi,bila hati dah taknak en. Aku tak cuba untuk cari benda
yang best kat situ melainkan kawan. Tak tipu weyh,classmate aku seramai
11 orang memang buat aku rasa bahagia. Lawak dorang,gelak dorang.
Serious,aku rindu namati! Fatin,Zu,Mimi,Aliya,Ain,Diyana,Hanim,Timah,
Hazim and Alif. All of D1AP2! Semua lecturer yang pernah tengking aku and
beberapa orang yang lain lagi kat unit sebab tah apalah otak loading sangat.

Banyaklah pahit manis cerita hikayat kat Pilah tu. Sehinggalah nak dekat
habis sem 1,nak dekat final exam which is PSPM 1, aku dapat tawaran pi
UiTM kat Tapah. Course? Still sains,Diploma Sains hahahahaha. Ya Allah,
aku betul-betul rasa pening. Serba salah kat family samada nak stay or quit.
Aku buat istikharah tapi hati still bolak balik. Dah beberapa kali buat tu,
aku decided amik PSPM dulu. Kelas aku tiga orang dapat tawaran.

Sorang tu kat Dengkil and sorang lagi tempat and course yang sama dengan aku.
Both quit matrik and terima tawaran. Aku je,pendirian tak tetap sekejap nak
stay,sekejap nak pergi. Aku pun study je macam biasa sebab nak seat tuk PSPM.
Target aku,kalau boleh buat,stay. If not,blah. Haaa,orang yang dengar aku cakap
camni,semua cakap untunglah ada dua pilihan. Tahlah,aku rasa cam kufur
nikmat pula. *bunyi petir* Then, semua paper aku rasa hambar.

Aku confident yang paper chemist aku akan failed. Math aku teruk. Bio rasa
cam ok. But,start bila aku feel chemist macam nak fail,aku terus confident
nak quit. Lepas final paper which is physics,aku inform classmates aku. They
cried. Ok sebak. Sebab kuantiti kitaorang sikit,so kualiti friendship tu
korang fikir ah cane kan. So the end for matric life. Sementara tunggu untuk
register UiTM, aku kerja. Kerja kat tempat aku kerja lepas SPM haritu.

Dipendekkan cerita,result pun keluar. AKU TAKNAK TAHU. And then aku
terkejut namati lecturer math who is Encik Azwan whatsapp aku. Send gambar
slip result PSPM aku. Taknak tengok. TAKNAK TENGOK. Then kat group
kelas semua,personal,dorang semua cakap pasal result dorang. Classmate dua
orang 4flat! Congrats korang! One of them member sama-sama tengok bola
tapi dia ni jenis tidur awal,perform setiap kuiz. Aku kureng sikit. Normal lah
kelebihan kekurangan masing-masing.

Curious beb nak tahu result. Aku dah reply whatsapp Encik Azwan.
Saya taknak download,cikgu. Saya tahu result saya teruk.

Download loading. A few minutes ago..(internet lambat) :p OK DONE !
Aku tengok. AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!
Aku menjerit dalam bilik. Ya Allah! Aku tak bodoh! Aku tak bodoh!
Aku keluar tunjuk gambar kat mak aku. Aku tak expect dapat pointer macam
tu. Mak aku cakap,

"Tulah. Low confident sangat. Baru nak menyesal berhenti matrik."

Aku menangis. Aku tak sangka. Tipulah aku tak menyesal stop matrik.
Automatik teringat ayat Al-Quran, boleh jadi kamu suka sesuatu perkara itu
tetapi ia tidak baik buatmu dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik
buatmu.
 Aku tak ingat surah apa dan ayat apa. Tapi,ayat ALLAH..Kebenarannya
tak boleh disangkal! Memakan diri weyh. Aku muhasabah balik. Segalanya ada
hikmah kelak.

Kat matrik,aku tak pernah nak target 4flat. Confident tu takde nak target tinggi2.
But lepas dapat tahu result PSPM,inshaALLAH.. Aku akan target 4flat kat UiTM.
Segalanya kuasa ALLAH. Jangan ragu. Doakan aku kat sini! By the way..
Pointer aku kat matrik for PSPM 1 berapa?
Expectation aku = 2.0 below. ALLAH bagi = 3.67
Sesungguhnya,ALLAH MAHA KAYA.
Jadikan cerita ni sebagai inspirasi! Sentiasa husnudzon. Moga ALLAH redha!



No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh and hye.
Komen apa yang terlintas di fikiran anda.
SILA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI CBOX.
Kalau kat sini, tak perasan sangat . Aseef jiddan :)