Tuesday 2 December 2014

Cerita 29/11/2014

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh..

Hangpa semua sihat? Alhamdulillah aku masih diberikan nyawa dan kesihatan yang baik hari ini. Dan mestilah kena manfaatkan. Tadi aku, Ja, Wahid, and Aman pergi Setia Ecohill, Semenyih.
  *Semua kawan aku tu ukhti ye. Harap maklum*

Tempat tu sebenarnya taman perumahan yang agak mewahlah. Tapi, tak siap sepenuhnya lagi. Kalau berkenan, rumah contoh dah ada. :3 Ada taman permainan yang lain daripada yang lain and bukit yang boleh lihat pemandangan dari atas. So, dapatlah tengok suasana taman perumahan kat area rumah aku.


Kami naik basikal ja ke sana. Kisahnya, Aman cakap nak ambil kita orang kat rumah aku and kita orang dah ready dalam pukul 7 gitu. Bukan main lamalah tunggu si Aman yang tak damai ni. Tetiba ada mesej kat telefon mak aku.
Aman : Korang kat mana?
Aku : Kat rumah akulah. Tengah tunggu kau. 
Lepas tu, dia call aku.
Aman : Aku dah sampai sini. *ecohill*
Dahi aku dah 'berkedut'. Kalau boleh seterika, dah lama dah seterika. -_-
 Aku : Kau... Cakap mak kau nak ambik kita orang.
Aman : Ha? Kau cakap kau orang nak naik basikal.
Aku : Masa bila pula. Semalam lama kita borak and berapa kali aku cakap aku tunggu kau pukul 7. Ja and Wahid tunggu rumah aku. Ya ALLAH, kau ni!
Aman: .........

Ja dan Wahid dah @#$%^&*. Nothing to say bro. Sabar je lah si Aman ni. Maybe telinga dia tak clear kot even dah berkali-kali aku cakap. :3
So then Ja pulihkan keadaan. Sakit hati memang adalah! Kalau tak, confirm kami tak dak hati. Cuma.. benda dah jadi. Haruslah sabar dan redha. Ja cakap kita naik je basikal.
Alhamdulillah, rumah aku memang ada tiga basikal. So, cukup-cukup makanlah untuk kami menaikinya. :3

Kita orang berbasikal sambil berborak. Hahaha. Mana tak penat. Si Ja ni dah tuntun basikal dia. Tak tahanlah tu! Lupa nak panaskan badan.. So, sakit kaki. Jauh jugalah perjalanan tapi luas sangat-sangat pemandangan. :3

Dah sampai Setia Ecohill *ikut shortcut* kita orang nampak Aman. Mendekati dia dengan wajah yang tak tahu nak kata apa.

*takdelah sampai nangis. Kang banjir pula Ecohill tu. :3*

Kita orang penat teramat sangat. Aman cakap sorry. Kita orang dah okeylah. Kawan kot. Tak boleh marah lama-lama. Hehe.

Sampai sana aku and Ja memang like childish. Seriously. Wahid pun sama TAPI Aman tak. Dia tu memang terlebih matang. Sampai kalau dalam kelas, aku boring and ajak dia main bingo pun dia tak nak. Dia buat apa? Haaa.. Dia tidur!

Memang best sangat kat sana. Taman permainan yang 'comel-comel' membuatkan aku teringin sangat nak main especially gelongsor. Tapi, kang menangis pula budak-budak nak main. *tak logik*
So, nampak buaian ... Aku and Ja dah berebut to get it. Okey fine, aku rendah, kaki aku pendek.. Lari pun tak ke mana. So, Ja dapat buaian tu. Tapi sebenarnya ada lagi satu buaian kat sebelah tu. Nampak tak ? Mengada-ngada punya pasal.

Banyak kot kita orang tangkap gambar. Bukan kot tapi memang banyak. Tapi, aku takut nak upload. No excuses yang munasabah. Nah tengok ni sebagai kami semua.

imageimageimageimage
*Aku, Ja, Wahid and Aman* Kahkah. :3

Hurrmmmm... Kita orang siap buat video lagi. Sekali sekala.. Apa salahnya? :3
Time balik.. aku, Aman and Wahid naik basikal manakala Ja jalan kaki. Aman tak duduk kat taman perumahan kita orang. Dia duk jauh sikit. So, dia tumpang rumah aku dulu sebelum mak dia datang. :D On the way balik tu, aku beli nasi lemak. Haha. Lepas turun 1kg, kita naikkan balik 2kg. :3

Tengah jalan sama-sama tu, ada sebuah kereta berhenti and cakap "Assalammualaikum" kat aku.
Aku ingatkan bangla mana so aku just wat lek wat dek. Salam aku jawab dalam hati.
'Bangla' tu pula tanya kat Wahid and Aman yang ada kat belakang aku. Ja dah menonong ke depan.

Lepas kereta tu jalan, Aman and Wahid marah aku sebab buat dek je kat pak cik yang aku sangka bangla tu. Astagfirullahalazim...
"Pak cik tu tanya masjid kat mana. Aku cakaplah belok and terus je. Ada orang nak nikah. Kau ni..."kata Wahid.
Tu lah.. Lain kali perlu ada husnudzon dalam diri. Tolong jangan jadi macam aku!


3 comments:

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh and hye.
Komen apa yang terlintas di fikiran anda.
SILA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI CBOX.
Kalau kat sini, tak perasan sangat . Aseef jiddan :)