Sunday 27 July 2014

Tepuk Dada Kau Sendiri Ya !


InshaALLAH. Ini adalah post terakhir. Selepas ni, akan 'hiatus' dan akan aktif balik pada bulan 11. Doakan agar diberi ketetapan hati. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. Wassalam.



Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.



Jujur. Gambar atas tu memang cantik. Sesungguhnya itulah kelebihan yang ALLAH kurniakan kepada peng'edit' gambar itu.

Kat sekolah aku alhamdulillah sesetengah 'gegirl' dah mula dalam pemakaian pelapik dagu.
Alhamdulillah juga sebab sekolah menengah biasa pun mampu. Kita nak tutup aurat pun tak semestinya duk sekolah agama, maahad, and so on, isn't ?

Bagi aku, orang yang terpilih untuk ke sekolah sebegitu adalah orang yang beruntung. Sebab diorang
boleh bergaul rapat dengan semua orang yang tutup aurat. Faham tak ?
Mulut dah terganga-nganga dah tu.
Okey, macam ni.
Kalau satu sekolah agama ni, confirm semua diwajibkan tutup aurat,kan? Kalau dah semua pakai 'tertutup'
confirm dah terbiasa. Tapi kalau sekolah menengah biasa, kalau seseorang mula nak hijrah diri maybe yang lain pandang 'macam tak pernah nampak orang' kan.
Realiti. Itu yang aku nampak kat sekolah aku. Actually, yang lain yang baru nampak those yang mula berubah tu nak juga berbuat demikian tapi tak confidence.

Aku sendiri macam tu. Experience. Time mula-mula nak berubah, time mula-mula pergi sekolah dengan pemakaian yang agak tertutup, dalam hati ni wallahu'alam.
Macam nak duduk je dalam stor sukan ataupun bawah tangga yang sunyi tu sebab takut orang pandang rendah. Tak confidence lah tu ! :3

Ada 2 faktor kenapa seseorang rasa lain macam bila nak berubah :
1)Diri sendiri
Malu tak bertempat. Semua tempat nak malu. Malu kat semua tempat. *Kita belajar ayat songsang ye*
2)Orang lain
Dengki dan rasa lain macam bila someone yang nakal mula berubah. Kalau yang kaki ponteng kelas/sekolah mula berubah, confirm lagi tajam pandangan diorang tu.

Hakikatnya, semua jenis manusia can change towards the better. So, bila ada kawan yang mula nak mentarbiyah diri, jangan cakap;

Harap je pakai pakaian macam tu. Tutup sana sini tapi perangai macam apa jerrrrrrrrr.
Sedap mulut kita ni kan.. At least orang macam tu start nak berubah. Kita ? Tunggu seru.
Banyaklah hang punya seru. Pergi buka Al Quran and baca terjemahan surah Al Nur.
Lepas tu sama-sama muhasabah.
Bukan hanya untuk kau tapi untuk aku juga !




1 comment:

  1. HI~ this is twinscraftlife!^^ 안녕하세요^^ We sell purely handmade items^^ pls visit our blog^^ 감사합니다, 꼭 오세요^^ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh and hye.
Komen apa yang terlintas di fikiran anda.
SILA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI CBOX.
Kalau kat sini, tak perasan sangat . Aseef jiddan :)