Monday 20 October 2014

Cara Ingin Menundukkan Pandangan



Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.

       

            Khas untuk seorang perempuan yang tak boleh tahan tengok
kalau ada lelaki 'handsome' jalan berdekatan ataupun lelaki badan ketaq-ketaq dan
khas untuk seorang lelaki yang tak boleh tahan tengok ada perempuan yang pakai baju
macam balut nangka.

Berikut adalah cara diberikan oleh para ulama untuk membebaskan diri kita daripada
penyakit 'tak reti jaga pandangan' ni.

[KALAU TULIS LELAKI MAKNANYA UNTUK PEREMPUAN JUGA,
KALAU TULIS PEREMPUAN MAKSUDNNYA UNTUK LELAKI JUGA]


Pertama
"Apabila hati korang tertarik pada seseorang yang cantik, maka kau bayangkanlah kau sedang tengok perempuan yang buruk, hitam legam, dipenuhi dengan bintik-bintik putih, matanya buta, hidungnya penyek, gigi depannya terkeluar, bibirnya tebal dan kepalanya gendul. Bila kau terbayangkan wajah seperti itu, maka kau takkan memikirkan kecantikan perempuan tersebut."





Kedua
"Cara untuk mengubati hati bila sentiasa mengingatkan lelaki itu, kau perbanyakkanlah zikir kepadaNya dan bayangkan azab di akhirat kelak. Apabila hati mula membayangkan sesuatu ke arah maksiat, bersegeralah mengambil wudhu dan menunaikan solat sunat 2 rakaat dan mintalah taubat kepadaNya serta mohonlah perlindungan daripada ALLAH SWT. Hari pertama, mungkin kau melakukan banyak solat tapi percayalah makin lama makin berkurang perasaan tu dan seterusnya perasaan itu hilang!"





Ketiga
"Kalau ada satu masa, kau rasa kau nak pakai baju cantik and bersih dan mandi sebotol minyak wangi dan bila kau berjalan kau rasa orang semua pandang kau maka cara kau ubatinya adalah pakailah pakaian yang usang dan bertampal (tidak menarik perhatian)"

Means, apa yang dikatakan ulama ini, sometimes, bila kita pakai smart-smart, kita akan perasan orang lain pandang ke arah kita. Pastu, kita mulalah bajet cantik, berlagak handsome, control macho bagai. Akhirnya hati rosak!!
Ketahuilah, kesukaran khusyu dalam solat, susah hendak menangis kerana dosa dan tiada apa-apa perasaan ketika membaca AL Quran datangnya daripada
kita tidak menjaga pandangan, ikhtilat, bercinta, bercouple...
Baca daripada sini. Semoga bermanafaat untuk aku. Dan kau.










2 comments:

  1. insya Allah...thanks for sharing yer

    ReplyDelete
  2. @sYiRa LoKMaN Ok ok :) Done joining.
    @mama amir Welcome mama :D

    ReplyDelete

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh and hye.
Komen apa yang terlintas di fikiran anda.
SILA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI CBOX.
Kalau kat sini, tak perasan sangat . Aseef jiddan :)